Thursday, March 1, 2007

MB MAHU AHLI UMNO ERAT PERPADUAN


LUMUT, 24 Disember 2006 – Meskipun kehadiran Tan Sri Rahim Tamby Chik selaku Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) petang itu ke Lumut bagi majlis perasmian Kursus Penanaman Cendawan anjuran Persatuan Peniaga dan Usahawan Melayu Malaysia di Setiawan, namun kehadiran beliau sudah di kesan terlebih awal oleh Ketua UMNO Bahagian Lumut Dato’ Dr Zambre Abdul Kadir yang terus menyesuaikan satu program bagi menjemput Tan Sri Rahim.

Majlis penyampaian hadiah pertandingan memancing anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) dan UMNO Cawangan Kampong Sungai Wangi kelihatan meriah petang itu dengan kehadiran Tan Sri Rahim yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

MB MAHU WAKIL RAKYAT GUNA IT SEPENUHNYA


Wednesday, February 28, 2007

Percubaan

Ini blog percubaan